Saturday, February 25, 2006, 11:56 PM AWST
[PERIBADI]
Dalam masa 2 minggu segala persiapan perkahwinan perlu dibereskan termasuklah kad ini. Kenapa??? Kerana pada malam perkahwinan kami, saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( penyemakan melalui internet ). Jadi perancangan asal untuk membuat majlis kenduri pada Cuti Hari Raya Cina ( 2 Februari 2003 ) terpaksa dipercepatkan. Saya perlu mendaftar diri pada 21 Januari 2003!!! Keluarga bersepakat untuk membuat kenduri lebih awal kerana tidak mahu persiapan perkahwinan akan mengganggu pembelajaran saya nanti.
Saturday, February 25, 2006, 01:33 PM AWST
[PERIBADI]
GALERI FOTO PERKAHWINAN
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang".(Ar-Rum: 21)
Alhamdulillah,
hanya dengan sekali lafaz kami sah bergelar suami isteri.
Bersalaman buat kali pertama selepas akad nikah.
Bergambar semasa upacara memotong kek.
Dari atas; Asiah, Pak Teh, Mak Teh, Ummi, Mak Ngah dan Afrah.
Barisan kedua; Ahmad, Ulfah, kami berdua dan I'ffah.
Barisan ketiga ( tepi kanan ); A'rif dan Olah.
Barisan bawah; Pelli, Muhammad, A'tif dan Abdullah.
Bergambar bersama Pak Teh, Ulfah dan Mak Teh ( adik Ummi).
Kami ada persamaan... ( Melor kahwin Besut )
"Orang Melor selalu berkenan nak kahwin dengan Orang Besut ..."
kata Mak Teh sebab Pak Teh dan Fikri orang Melor.
Majlis Makan Beradab bersama wakil keluarga.
BAHAGIA;
setelah menjadi suami isteri.
Ketika disakat oleh saudara mara ketika sessi pergambaran.
Doakanlah agar kehidupan kami bahagia di dunia dan akhirat.
Friday, February 24, 2006, 08:04 PM AWST
[PERIBADI]
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang".(Ar-Rum: 21)
ALHAMDULILLAH
Kami,
AHMAD FIKRI BIN MOHAMED ZAHARI dan
SITI HAZEL SOPHIA BT ZIAUDIN AHAMED
telah selamat diijabkabulkan
pada hari JUMAAT 3 JANUARI 2003 bersamaan 29 Syawal 1423H, jam 3.14 PETANG di MASJID ALUR LINTANG, BESUT, TERENGGANU
Semoga ikatan yang terjalin kekal hingga ke syurga, Amin...Ya Rabbala'lamin
Semoga ALLAH sentiasa merahmati perkahwinan kami, Amin..