Siti Hazel Sophia bt Ziaudin Ahamed

    Maulidur Rasul 1431H

    Friday, February 26, 2010, 09:27 PM AWST [TARIKH ISTIMEWA]

    Salam,

    Hari ni merupakan HARI KEPUTERAAN RASULULLAH S.A.W. Marilah kita sentiasa berSELAWAT ke atas baginda dan mengamalkan SUNNAHnya. Semoga kita menjadi insan terpilih untuk bersama Baginda S.A.W di akhirat sana, Amin Ya Rabbil A'lamin.

    Contohi akhlak Rasulullah

    Muhammad ternampak seorang perempuan tua hendak berjalan pulang dari pasar dengan membawa barang-barang yang agak banyak dan berat juga. Lalu Rasulullah menawarkan dirinya untuk membantu perempuan itu membawa barang-barang tersebut pulang ke rumahnya. Perempuan tua itu rasa sungguh sukacita kerana ada orang yang mahu membantunya dan terus menerima pelawaan Rasulullah itu. Sambil berjalan menuju rumah perempuan tua itu, mereka berbual-bual tentang kisah-kisah yang hangat diperkatakan orang yang berlaku di Mekah ketika itu. Cerita perempuan tua itu: “Wahai anak muda, di tempat kita sekarang ini ada seorang anak muda yang bernama Muhammad telah membawa ajaran baru. Angkara anak muda ini telah menyebabkan masyarakat kita berpecah belah”.

    “Kehadiran anak muda itu dalam masyarakat kita telah banyak membuat kerosakan kepada kehidupan kita bermasyarakat. Gara-gara ajaran beliau, ahli keluarga berselisih faham, bergaduh dan pecah belah,” sambung orang tua itu lagi. “Muhammad itu memang jahat, oleh itu janganlah sekali-kali kamu dekat dengan dia, nescaya nanti kamu juga akan dirosakkannya nanti,” tegas perempuan tua itu lagi memberi amaran kepada Rasullullah supaya tidak terpengaruh dengan orang yang dianggapnya jahat itu.

    Apapun yang dikatakan oleh perempuan tua itu tentang Nabi Muhammad, Rasulullah sedikit pun tidak marah, malah hanya tersenyum saja. Setelah sampai di rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu bertanya kepada Rasulullah berapakah upah yang dia perlu bayar untuk kerja Rasulullah membawa barang-barang yang berat itu dari pasar sampai ke rumahnya tadi. Sebaliknya Rasulullah memberitahu perempuan tua itu, dia tidak mahukan upah dan hanya ingin membantu secara sukarela saja.
    Perempuan tua itu berasa hairan dengan kebaikan anak muda itu lalu dia bertanya: “Terlalu baik kamu ini wahai anak muda, boleh mak cik tahu siapakah nama kamu?”.

    Rasulullah menjawab: “Nama saya Muhammad, sayalah orangnya yang mak cik ceritakan tadi.” Terduduk perempuan tua tadi bila dia tahu dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad itu, yang mana selama ini dia mendengar Muhammad adalah orang yang sangat jahat. Moral dari cerita ini: Kalaulah akhlak kita umat Islam hari ini macam akhlak Rasulullah, sudah tentu orang kafir tidak akan tergamak hendak lukiskan karikatur Nabi Muhammad sebagai pengganas.

    Sumber: ustazmelaka.net

    0 (0 Ratings)

    ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 7!

    Sunday, January 3, 2010, 12:35 AM AWST [TARIKH ISTIMEWA]

    Alhamdulillah...

    Sudah tujuh tahun ana dan suami melalui alam perkahwinan yang indah. Suka duka kehidupan telah diharungi bersama...  Amanah Allah pun dah semakin bertambah... dah 4 orang permata dan penawar hati. Semoga perkahwinan ini terus kekal bahagia hingga ke SyurgaMu, Ya Allah... Amin.

    Gambar kahwin sewaktu hari kenduri kesyukuran di rumah ana pada 18 Jan 2003. Akad nikah pada 3 Jan 2003.

    Semoga kekal hingga ke Syurga...Amin.

    p/s: Terasa macam baru je kahwin... Rupa-rupanya dah 7 tahun! Alhamdulillah Ya Allah...

    0 (0 Ratings)

    SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431H

    Saturday, December 19, 2009, 01:46 PM AWST [TARIKH ISTIMEWA]

    Salam,

    Semalam, merupakan 1 Muharram 1431H. Semalam juga ana dan suami ambil kunci untuk rumah sewa yang baru. InsyaAllah, tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun lepas... SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH! Wassalam

    0 (0 Ratings)

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

    Friday, November 27, 2009, 11:40 AM AWST [TARIKH ISTIMEWA]

    BERAYA DI CHERAS

    0 (0 Ratings)

    Aidilfitri 2009 / 1430H

    Sunday, September 20, 2009, 09:15 PM AWST [TARIKH ISTIMEWA]

    Salam Aidilfitri buat semua...

    Kami sekeluarga beraya di melor, Kelantan pada hari raya pertama tahun ni... Semoga Ramadhan datang lagi buat kita semua, Amin...

     

     

    0 (0 Ratings)

    Page 1 of 7  •  1 2 3 4 5 6 7 Next