Saturday, October 31, 2009, 03:31 PM AWST
[NASYID PILIHAH]
Salam,
Best nasyid ni.... Dulu pernah dengar, tapi dah lupa. Kalau dengan nasyid-nasyid dari kumpulan The Zikr ni ada satu kelainan dalam jiwa.... memang ana dapat rasakan. Tak tahulah orang lain. Sebab nasyid-nasyid mereka ni macam menusukkan roh Islam dalam jiwa ana... Berbeza dengan nasyid sekarang yang dah tak macam nasyid.... Kelembutan dan pujukan ke arah Islam menyebabkan orang yang dengar akan rasa segera nak jadi baik dan berbuat kebaikan....
Tapi sekarang ni, susah nak dpt kumpulan macam ni... The Zikr ni lah yang mengubah persepsi ana terhadap dunia nasyid waktu sekolah-sekolah dulu. Sebab waktu zaman sekolah dulu TV1 selalu tunjuk nasyid setiap jumaat. Nasyid-nasyidnya kaku, 'skima', ortodoks dan agak membosankan.... waktu zaman-zaman tu la..tahun 90-an.
Nak dijadikan cerita, adik ana kebetulan dapat masuk sekolah agama berasrama penuh, di Kajang. Cuti sekolah, dia bawa balik kaset-kaset nasyid yg dibelinya di sekolah... Kaset dr kumpulan The Zikr ni salah satu darinya.... Mula-mula, ana expect sama je macam 'nasyid-nasyid boring' dalam TV. Rupanya, berbeza terus!
Bermula dari hari tulah, ana jadi peminat nasyid yang setia....Jadi, terimalah nasyid THE ZIKR, Dunia Baru Islam!
Saturday, September 12, 2009, 10:44 PM AWST
[NASYID PILIHAH]
Salam Ramadhan....
Hari ni dah 23 Ramadhan... Kita sedang berada di sepuluh terakhir Ramadhan...Semoga dipertemukan dgn Lailatur Qadar, Amin...
Tiba-tiba je teringat nasyid best ni, Rabia'tul Adawiyah... Teringat ketekunan beliau dalam melakukan ibadah kepada Allah. Sanggup ketepikan semua kenikmatan dunia demi mengabdikan diri pada Pencipta.... Betapa agung cintamu, Rabia'tul Adawiyah.... Semoga aku mampu menjadi hamba sepertimu, Amin...
Terimalah, nasyid Rabia'tul Adawiyah...
Semoga terhibur dan mendapat iktibar dari kisah hidup beliau... Wassalam.
Saturday, September 13, 2008, 11:13 AM AWST
[NASYID PILIHAH]
Assalamualaikum wbt,
Nasihat pilihan kali ni dipilih kerana liriknya sangat Istimewa... Dulu, ana ingat nasyid ni nasyid buat kekasih... salah rupanya... sebab x pernah dengar nasyid ni dari awal sampai habis... Tulah.. Macam dalam belajar jugak..klu belajar separuh-separuh nnt salah tafsir macam ana!
Dengar nasyid ni berpunca dari Perpindahan Rumah dari Taman Sri Inderapura ke Indera Mahkota 15! Sebab nak ke tempat kerja jauh... Jadi ana pasang IKIM spjg perjalanan pulang. Asyik2 nak nasyid ni... dan rasa best pulak! Balik rumah, search internet dan tengok liriknya...memang ISITIMEWA... Khas untuk Yang MAHA ESA.
Hayatilah SETANGGI SYURGA..
Wassalam
p/s: Dapat pengajaran baru... dengar dulu sesuatu perkara, sblm membuat apa-apa kesimpulan!
Thursday, January 10, 2008, 02:11 PM AWST
[NASYID PILIHAH]
Assalamualaikum wbt,
Selamat Menyambut Tahun Baru 1429 Hijrah. Semoga tahun ini lebih cemerlang daripada tahun-tahun lepas dengan penghijrahan diri ke arah yang lebih baik. Marilah menghayati maksud HIJRAH yang 'sebenarnya'.
Wassalam.
p/s: Hayati peristiwa Hijrah Rasulullah SAW melalui nasyid ini.