Assalamualaikum wbt,
Hari ini merupakan hari pertama bagi PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2008. Ana sudah lama 'plan' nak ke PTWC ni setelah mendapat tahu ada Pesta Buku ni. Insya Allah, esok kami sekeluarga akan ke KL untuk sama-sama memeriahkan buku tersebut. Ikuti sedikit maklumat mengenai PBAKL 2008 yang dipetik dari laman NUKILAN JEJARI AZHAR.
Satu temu janji yang tidak akan dilepaskan oleh mereka yang minat membaca adalah untuk melapangkan masa menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang saban tahun diadakan pada bulan April. Jika anda tidak minat membaca pun datanglah membawa anak-anak supaya dapat memupuk minat mereka membaca.
Di pesta buku ini kita boleh mendapatkan bahan-bahan bacaan yang terkini dan berkualiti serta menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pesta buku yang bermula 27 tahun dulu ini juga merupakan satu acara utama bagi industri buku di Malaysia.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 ini akan berlangsung seperti berikut;
Tarikh : 4 - 13 April 2008
Waktu dibuka;
10.00 am hingga 7.00 pm (Isnin-Khamis)
10.00 am hingga 10.00 pm (Jumaat-Ahad)
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Masuk percuma.
Selain pameran dan jualan buku, PBAKL 2008 juga menyediakan pelbagai program ilmiah dan aktiviti santai yang berkaitan dengan pembacaan, penulisan dan penerbitan. Di antaranya termasuklah Persidangan Antarabangsa Industri Buku, bengkel penulisan, pelancaran buku, pertandingan bercerita dan melukis, ulasan buku, dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan mengadakan Anugerah NILAM anjurannya sempena PBAKL 2008 ini.
Jumpa di sana.
Jangan lepaskan peluang ini. Bawalah ahli keluarga bersama. Buku Adalah Nadi Ilmu.
Wassalam
p/s: I'm a book lover...

