Latar belakang pendidikan: SKPJ 1987 ( Tahun 1-6), SKTM Besut 1992( Tingkatan 1-3 ), KISAS 1996( Tingkatan 4-5 ), ICT Bayan Lepas 1998( Matrik 1 Tahun ), USM Cawangan Kejuruteraan 1999-2002. Alamat sekarang : No 31, Lorong 5, Taman Sri Inderapura, 25320 Kuantan, Pahang. <<<< Kepada sesiapa yang mengenali diri saya bolehlah menghantar e-mail di alamat hazalsophia80@yahoo.com. Terima kasih kerana melawat ke laman ini >>>>
Music:Nasyid dari kumpulan inteam, unic, hijjaz, brothers, saujana, the zikr, mustika dll.
Saturday, October 31, 2009, 03:31 PM AWST
[NASYID PILIHAH]
Salam,
Best nasyid ni.... Dulu pernah dengar, tapi dah lupa. Kalau dengan nasyid-nasyid dari kumpulan The Zikr ni ada satu kelainan dalam jiwa.... memang ana dapat rasakan. Tak tahulah orang lain. Sebab nasyid-nasyid mereka ni macam menusukkan roh Islam dalam jiwa ana... Berbeza dengan nasyid sekarang yang dah tak macam nasyid.... Kelembutan dan pujukan ke arah Islam menyebabkan orang yang dengar akan rasa segera nak jadi baik dan berbuat kebaikan....
Tapi sekarang ni, susah nak dpt kumpulan macam ni... The Zikr ni lah yang mengubah persepsi ana terhadap dunia nasyid waktu sekolah-sekolah dulu. Sebab waktu zaman sekolah dulu TV1 selalu tunjuk nasyid setiap jumaat. Nasyid-nasyidnya kaku, 'skima', ortodoks dan agak membosankan.... waktu zaman-zaman tu la..tahun 90-an.
Nak dijadikan cerita, adik ana kebetulan dapat masuk sekolah agama berasrama penuh, di Kajang. Cuti sekolah, dia bawa balik kaset-kaset nasyid yg dibelinya di sekolah... Kaset dr kumpulan The Zikr ni salah satu darinya.... Mula-mula, ana expect sama je macam 'nasyid-nasyid boring' dalam TV. Rupanya, berbeza terus!
Bermula dari hari tulah, ana jadi peminat nasyid yang setia....Jadi, terimalah nasyid THE ZIKR, Dunia Baru Islam!
Saturday, September 12, 2009, 10:56 PM AWST
[Tazkirah]
Salam...
Sempena 10 malam terakhir Ramadhan, ana ada dapat satu jadual penentuan Malam Lailatul Qadar... dari sumber yang diyakini, InsyaAllah...
Walaupun begitu, beramallah pada semua malam terakhir, jangan hanya pada hari tertentu shj disebabkan jadual yg dilampirkan ini. Semoga kita semua dipertemukan dgn malam yang penuh keberkatan...malam seumpama beramal seribu bulan, Amin..
Untuk melihat jadual dengan lebih jelas, klik di sini
Saturday, September 12, 2009, 10:44 PM AWST
[NASYID PILIHAH]
Salam Ramadhan....
Hari ni dah 23 Ramadhan... Kita sedang berada di sepuluh terakhir Ramadhan...Semoga dipertemukan dgn Lailatur Qadar, Amin...
Tiba-tiba je teringat nasyid best ni, Rabia'tul Adawiyah... Teringat ketekunan beliau dalam melakukan ibadah kepada Allah. Sanggup ketepikan semua kenikmatan dunia demi mengabdikan diri pada Pencipta.... Betapa agung cintamu, Rabia'tul Adawiyah.... Semoga aku mampu menjadi hamba sepertimu, Amin...
Terimalah, nasyid Rabia'tul Adawiyah...
Semoga terhibur dan mendapat iktibar dari kisah hidup beliau... Wassalam.